Feb 18, 2015

Hanyut - UNIC

Cipta dari segumpal darah
Jelma seraut wajah
Rahsia agungnya kudrat Tuhan.

Dan dihembuskan nyawa
Diikatkan janji
Tunduk hanya kepada-Nya.

Namun hakikatnya hidup
Sarat pesona dusta
Dugaan untuk menguji kehambaan.

Tiada tempat berlindung
Dari fitnah dunia
Selain perlindungan-Nya.

Berkurun terukir sejarah alpa
Manusia dihanyut indah yang fana
Terlupa pada fitrah wujudnya
Hanya ditaraf hamba.

Tenggelam pada bisikan dunia
Tak sedar langkah mudik ke sengsara
Tergoda pada hasut sengketa
Rebut fatamorgana.

Telah disuluhkan laluan
Diberi segala pedoman
Seiring akal dan fikiran
Mengapa kehilangan.

Telah dituliskan pengakhiran
Pada selembar takdir insan
Jiwa yang penuh penyerahan
Itu yang dijanji syurga.

Rindu daurah. Rindu nak nyanyi lagu ni reramai. Rindu nak gegelak sesama. Main game mafia. Gaduh nak pilih sape mafia. Breakfast sesama. Makan roti letak marjerin dgn kaya. Rindulah cerita dia. Huhu.

No comments: